Powered by Blogger.
RSS

Mungkinkah aku ? episod 1

 
 
Haii :D 
 
Baru hari nie aku berpeluang menaip entri baru . macam lha busy sangad kan ? * busy  mengelamun* 
cuti semester aku dah nak berakhir . suka nye sebab lepas nie aku dah tak kan bosan sangad kat rumah kan . wahh ! rindu nak masuk poli nie .  aku bosan bosan sangad kat rumah . kalau kat poli ada kawan-kawan . boleh aku gelak-gelak . takde lah aku nak kena face muka tension aku nie . sekurang-kurangnya bila ada kawan aku boleh sorok sikik masalah aku nie and akan terus terpadam dengan bergelak ketawa dengan diorang . rindu bhaiii ;'( . *lari topik dah aku nie* .
berbalik kepada tajuk entri yang tak berapa hot nie . satu perkara yang aku nak share lah dengan kawan-kawan yang ada masa terlebih-lebih yang sudi baca blog tak panas , suam-suam kuku nie . Meh meh meh nak story . Aku memang merupakan seorang makhluk Tuhan yang sangad suka fikir perkara bukan-bukan . eerr . kebelakangan ni . tapi sebenarnya dah lama sangad tapi aku selalu abaikan je sebab bagi aku maybe tak penting kot . sakit kepala / headace / migrain . korang pernah alami tak ? bila sakit kepala je aku akan pk 'okay. aku stress sangad kot' . tak kesah sakit macam mana pun aku memang akan cakap macam tu .
antara ubat yang selalu aku ambil bila sakit kepala ialah paracetamol dan homeopati . tapi kadang2 makan ubat pun still tak bagi effect ape-ape . Bila one day someone tu tahu aku still sakit kepala , dia suggest aku pergi check . tapi seriously aku M.A.L.A.S . kenapa ? sebab aku malas sangad ikut prosedur kat hospital yang terpaksa tunggu lama ! kadang ada jugak terfikir , kot2 ada sebab lain kenapa aku selalu sangad sakit kepala . even kalau ada pun , semua tu dah takdir Tuhan untuk aku terima . aku redha . Satu hari  Tuhan bukak pintu hati aku nie untuk lebih care sikit pasal kesihatan aku nie . *maklum lha dah tak orang nak jaga , nak ambik tahu pasal aku kan* . menjenguk lah aku ke ruangan Yahoo.com . mencari sedikit maklumat mengenai simptom sakit kepala yang aku alami . mula-mula hanya mencari sebab-sebab simptom tu je tapi bila terbaca satu entri dalam blog yang mengaitkan simptom sakit kepala dengan sejenis penyakit serious , aku dah naik cemas . Tumor Cancer . Subhanallah ! 
 
Lepas tu , aku buat sedikit research pasal TC tue . Antara tanda-tanda :
1.   Sakit kepala yang teruk di waktu pagi berbanding tengah hari.

2.   Gangguan penglihatan.

3.   Sakit kepala menjadi lebih teruk ketika batuk, bersin atau menunduk.

4.   Gangguan percakapan

5.   Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.

6.   Sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri.

7.   Hilang ingatan ke atas hal-hal yang baru dan kemerosotan proses mental.

8.   Hilang daya imbangan, lemah atau kebas badan.

9.   Loya dan muntah-muntah.
Ya-Allah ! terasa bagai hilang separuh nyawa aku .

the 1st : macam tu lha yang aku alami . bila bangun tido , terasa berat sakit sampai nak angkat kepala pun tak terdaya .
2nd : memang sering mengalami masalah penglihatan terutama sekali lepas duduk then nak bangun dan waktu malam .
3rd : yang nie memang tak de rasa sangad bila batuk atau bersin .
4th : gangguan percakapan . kadang-kadang aku rasa macam bila bercakap , ayat aku berbelit-belit sampai aku pun tak faham apa nak cakap , then kena stop and think then talk balik . 
5th & 6th : yang nie tak pernah alami . 
7th : tak perasan lah pulak pasal kotak ingatan aku ni .
8th : daya imbangan memang lemah * dah lah antibodi memang dah lama low * , selalu sangad kebas anggota badan such as tangan dan kaki .
9th : yang ni jarang2 sebab kalau rasa loya . aku akan pk tu adalah tanda-tanda awal sebelom bulan mengambang ;) 
so ? aku memang dah lost . tak tau nak buat apa ! menitis jugak airmata nie mengenangkan apa yang bakal berlaku nanti . Ya-Allah . aku belum bersedia . try to talk to myself . mungkin aku migrain je kot . tap tak pernah pulak aku tau aku ada migrain . Hanya mampu berserah kepada Sang Pencipta . andai benar ini takdir aku , aku redha dengan setiap aturan kehidupan yang ditetapkan pada aku . Dia adalah sebaik-baik perancang . dan sebagai Hamba-Nya . Usaha dan Ikhtiar akan aku cuba . mencari kepastian dan penawar mungkin . 

kalau korang pun ada simptom sakit kepala ni , usaha-usahakan lah mencari penawar sebaik mungkin . untuk aku ? doakan yang terbaik untuk aku sebagai seorang sahabat :)

Cukup lah setakat ini untuk kali ini , doakan aku untuk terus berjuang . Amin . Ya-Rabbal Alamin . 

Suzi Zunaidi


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS