Powered by Blogger.
RSS

Selamat Hari Raya .

 
 
Haii haii haii !
Selamat hari raya! Maaf zahir dan batin !
Tak sabar nya nak wish Happy Eid ni kan kat korang. So macam mana dengan raya korang? Meriah tak? Mesti lha meriah kan. Wahh ! ramai kan yang pakai baju raya warna biru tahun ni. Ada pape ke ni ? Comel-comel gitu haa. Family SiKenit punya tema pun sama tau. Biru seakan-akan hijau gitu. Senang cite turqoise lha. Raya ni memang sibuk sangat. Dengan orang nak bertunang lha, kawen lha. Alahai ! untung lha jodoh dah sampai kan. SiKenit ni entah bila lha kan. Bila jumpa makcik2 yang dah lama tak jumpa mesti cakap  ehh ! dah besar rupanya, lepas ni dapat menantu lha kan ? bila nak kawin ni ?  ewahh ewahh ewaah! Makcik-makcik, i’m only 20th. Muda sangat lagi nak kawen bagai. Haaa tu dia.
Oke oke. Tak mau sentap-sentap lha raya ni. Apa lha yang SiKenit nak kongsi kali ni yea! Jeng jeng jeng! Haa !
Meneruskan kehidupan dengan kisah lalu dan kenangan kadang-kala menyakitkan. Namun aku masih mampu tersenyum bila melihat kebahagian yang dia miliki hari ini. Tak pernah aku lupa untuk mengangkat kedua belah tangan, menyunting namanya dalam setiap doaku. Ku pohon pada Illahi agar sentiasa melindunginya, agar dipermudahkan segala urusanya dan diberikan dia bahagia yang berpanjangan. Aku ikhlas atas rasa cinta sesama manusia. Mungkin aku masih tak mampu berdepan dengan dia namun mendoakan dia sudah cukup membuat aku bahagia walaupun hanya sebagai seorang sahabat. Mungkin kita dipertemukan hanya untuk berkawan.
Perasaan benci tak pernah wujud dalam hati aku. Sejujurnya aku ikhlas menerima takdir ini. Aku bersyukur kerana dipertemukan insan sebaik dia. Tak pernah lupa menasihatkan aku soal agama. Tak pernah membiarkan soalan aku tanpa jawapan. Memperdengarkan aku ayat-ayat suci Al-Quran. Mengingatkan aku tentang kewajipan aku pada Sang Pencipta. Kerana dia Malaikat Hatiku. Ustaz Dihatiku. Kini sahabat aku. Alhamdulillah.
Ya Rabbi, andai dia yang engkau tulis bersama namaku di luh mahfuz, maka kau satukanlah hati kami, kau temukanlah kami diatas redhamu, kau dekatkanlah dia denganku, Andai pula bukan dia yang engkau takdirkan buatku, maka kau kikiskanlah pesonanya dari pandangan mata ini, kau jauhkanlah kami tanpa melukakan hati mana-mana pihak. Amin Ya Rabbal-Al-amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jodoh itu bukan milik kita

 
 
Haii sayang-sayang semua !
Puasa tak ari ni? Siapa tak puasa tak boleh raya oke! Haha.
Korang semua sehat tak? Oke semua kan? Chill lagi kan? SiKenit? Macam ni je lha. Masih mampu menaip. Menjadikan blog medan bercerita. Haa ! kelas kau Jah!

Kita dah 25hari puasa kan? Alahai. Tak lama lagi Ramadhan dah nak tinggalkan kita kan. Sedih tak? Insyaallah, Dengan izin Allah kita akan jumpa lagi Ramadhan pada tahun depan oke! Yang tak sabar nak sambut raya tu macam mana pulak ea? Ambooiii! Semangatnye. Dalam keghairahan nak sambut raya tu, jangan pulak abaikan Ramadhan yang nak berlalu pergi ni tau. Sucikan bulan mulia ni dengan ibadah. Sama-sama kita merebut pahala dan keberkatan dari Illahi. Insyaallah. Amin. 

SiKenit ada benda cikit nak coret2 kat sini. Jom !

Berjaya melawan penyakit bukan bererti aku mampu melawan takdir. Meletakkan nilai pasrah dan redha dalam diri itu sesuatu sangat sukar aku lakukan. Itu hakikat. Itu kenyataan yang harus aku terima. Semuanya datang terlalu cepat. Dan aku bagaikan jatuh terduduk disitu. Bagaimana harus aku pujuk hati ini agar redha menerima takdir itu. Hati menjadi sekebal tembok, menjadi sekeras batu, bangkit tanpa alasan. Airmata semalam adalah pengakhiran bagi kisah ini. Segalanya harus dihentikan sebagaimana ia bermula. Biar aku bawa hati ini. Biar aku pujuk diri ini. Biar aku rawat luka ini sendiri. 

Dengan berbekalkan nekad yang ada, aku melupakan kisah semalam. Andai diberi pilihan, aku lebih rela untuk tak bertemu dia. Namun siapa aku untuk melawan takdir? Jodoh, Pertemuan, Ajal dan Maut hanya Tuhan yang tentukan. Aku tak mampu melawan takdir, tapi aku mampu berdoa agar takdir berpihak pada aku. Hari hari aku cuba lalui, kenangan yang ada bagai cuba menjatuhkan aku namun kekentalan hati ini menguatkan aku untuk terus berdiri melawan pedih yang ada. Bukan terus membenci, namun berilah aku masa untuk mengumpul kekuatan berhadapan dengan hakikat.

Disitu aku temui bahagia. Redha mengajar aku erti bahagia yang sebenar. Memang benar. Kaca yang dah pecah berderai, kalau dicantumkan balik takkan sama seperti yang asal namun sekurang-kurangnya kaca yang dah pecah masih boleh dicantumkan balik. Aku nampak dia bahagia. Ya ! mungkin dia tak tahu tapi aku hanya mampu memandang dari jauh. Bahagia aku adalah bila dia bahagia. Andai ada insan yang mampu buat dia tersenyum, aku lebih rela melepaskan dia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS