Powered by Blogger.
RSS

♥ ANTARA NAMPAK DAN TIDAK ♥

Bukan mudah apabila cuba berlari dari kehidupan sendiri, seperti lari dari masalah tapi andai hati tak  mampu lagi berkata-kata ,hilang segala arah untuk kaki terus melangkah,bertapak pada sebuah paksi  yang kian longgar kuncinya , bagai cuba berpaut pada ranting usang . .

Sejilid kronologi tak mampu melukis gambaran sekeping hati yang kian hilang dalam mencari arah , tetapi sebaris madah yang benar-benar hadir dilubuk hati manusia ini mampu melakarkan sebuah artisan hati yang kian parah..tanpa perlu ditafsirkan , mungkin bukan masanya untuk merangkapkan nukilan ini, tapi andai hati tak tenang selagi darah dan isinya tidak dialirkan, bukan kah menjadi harus nada ini dicipta kan..

Bingkisan kenangan bagai berlari diminda, berkejaran sesama mereka..ada tawanya dan pasti ada tangisnya, itulah realiti sebuah kehiduapan, sebuah kehidupan yang memerlukan sebuah pengorbanan demi mengecap bahagia.. namun,saraf ini masih ingin bertanya adakah bahagia yang bakal dikecapi kan berkekalan? ?
Diari  hati pula seakan ingin terus menyatakan hasrat , menciptakan sebuah telaga untuk terus melimpahkan isinya , ,biarkan ia . . biarkan ia dengan caranya .  . Duhai hati , bisikkan lah melodi mu agar aku tahu apa yang cuba kamu sampaikan ! !

wahai masa,andai kau tahu..
sedetik kamu berdetak,ada hati yang mengharapkan kau membawa bahagia untuk nya,ada hati yang sering meminta kau untuk mengindahkan harinya..

sesaat kau menghilang,ada hati yang terlalu mengharapkan kau kembali,kembali dengan harapan untuk membaitkan kenangan itu sebagai sebuah memori yang akan dirasai lagi..

seirama kau bergerak,ada hati yang inginkan kau agar berhenti,membenarkan dirinya melelapkan mata seketika untuk memberitahu hatinya bahawa bahagia adalah miliknya saat ini..

andai juga kau tahu, ada hati yang sering meratap pemergianmu,menangisi kehilanganmu,menunggu kehadiranmu dan tak pernah berhenti mengharapkan kau muncul membawa bahagia...mengindahkan hari-hari sepinya...menantikan nada,melodi berkoblarasi bersama nukilan dan diari hati menjadi sebuah lagu dalam bingkisan kenangan yang disebut sebuah NOTA CINTA dalam KEHIDUPAN seorang insani...SUZIKHA DINZI IRUUZI/210310/19.40/11022011...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment