Powered by Blogger.
RSS

Selamat Hari Raya .

 
 
Haii haii haii !
Selamat hari raya! Maaf zahir dan batin !
Tak sabar nya nak wish Happy Eid ni kan kat korang. So macam mana dengan raya korang? Meriah tak? Mesti lha meriah kan. Wahh ! ramai kan yang pakai baju raya warna biru tahun ni. Ada pape ke ni ? Comel-comel gitu haa. Family SiKenit punya tema pun sama tau. Biru seakan-akan hijau gitu. Senang cite turqoise lha. Raya ni memang sibuk sangat. Dengan orang nak bertunang lha, kawen lha. Alahai ! untung lha jodoh dah sampai kan. SiKenit ni entah bila lha kan. Bila jumpa makcik2 yang dah lama tak jumpa mesti cakap  ehh ! dah besar rupanya, lepas ni dapat menantu lha kan ? bila nak kawin ni ?  ewahh ewahh ewaah! Makcik-makcik, i’m only 20th. Muda sangat lagi nak kawen bagai. Haaa tu dia.
Oke oke. Tak mau sentap-sentap lha raya ni. Apa lha yang SiKenit nak kongsi kali ni yea! Jeng jeng jeng! Haa !
Meneruskan kehidupan dengan kisah lalu dan kenangan kadang-kala menyakitkan. Namun aku masih mampu tersenyum bila melihat kebahagian yang dia miliki hari ini. Tak pernah aku lupa untuk mengangkat kedua belah tangan, menyunting namanya dalam setiap doaku. Ku pohon pada Illahi agar sentiasa melindunginya, agar dipermudahkan segala urusanya dan diberikan dia bahagia yang berpanjangan. Aku ikhlas atas rasa cinta sesama manusia. Mungkin aku masih tak mampu berdepan dengan dia namun mendoakan dia sudah cukup membuat aku bahagia walaupun hanya sebagai seorang sahabat. Mungkin kita dipertemukan hanya untuk berkawan.
Perasaan benci tak pernah wujud dalam hati aku. Sejujurnya aku ikhlas menerima takdir ini. Aku bersyukur kerana dipertemukan insan sebaik dia. Tak pernah lupa menasihatkan aku soal agama. Tak pernah membiarkan soalan aku tanpa jawapan. Memperdengarkan aku ayat-ayat suci Al-Quran. Mengingatkan aku tentang kewajipan aku pada Sang Pencipta. Kerana dia Malaikat Hatiku. Ustaz Dihatiku. Kini sahabat aku. Alhamdulillah.
Ya Rabbi, andai dia yang engkau tulis bersama namaku di luh mahfuz, maka kau satukanlah hati kami, kau temukanlah kami diatas redhamu, kau dekatkanlah dia denganku, Andai pula bukan dia yang engkau takdirkan buatku, maka kau kikiskanlah pesonanya dari pandangan mata ini, kau jauhkanlah kami tanpa melukakan hati mana-mana pihak. Amin Ya Rabbal-Al-amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment