Powered by Blogger.
RSS

Becoming New Year !


Haii semua ! Dah nak masuk 2014 dah. secara tak sedar kan. blog semakin berhabuk :3 *fuhhh* kasi tiup siket :) Haaa ! how's u all punya life ? oke tak ? bahagia lerr tu ! Hehe. oke. SiKenit disini sentiasa mendoakan semua sahabat tinta SiKenit dekat blog ni sehat walafiat semua yea ! *SMILE*

SiKenit pulak macam mana ? Hehe. nak tahu ke ? macam ni je lha. masih membujang. Haha. bulan 5 ni dah nak masuk 21 tahun. Wahh ! Tak tua lagi oke :) Muda lagi lha. hikhik. Awal Disember baru nie SiKenit dah kena masuk belajar balik. Tahu tak ni SiKenit belajar dekat mana ? Haaa ! sini nak habaigh. Politeknik Kota Bharu je lha. Dekat je nan rumah. tapi tak boleh jalan kaki kot nak pergi. sadis kan. hahaha. about 15minutes dari rumah je. tak jaoh sangat lha. 

Kali ni SiKenit bawak 3 lagi kursus yang diDROPkan semester lepas. Hydrologi. Structural Analysis 11 dan Building Services. Haiyaaa. 1 kursus teori penuh. 1 kursus calculation penuh. 1 lagi kursus mix both. Insyaallah awal April nanti akan ada Final Exam terakhir untuk SiKenit. Korang kena sama-sama doakan untuk SiKenit ya ! 

Jadual kelas pulak memang cunn habess :D Kelas Sikenit hanya pada hari Ahad, Isnin dan Selasa. Rabu dan Khamis HOLIDAYY ! Hehe. Abah kata masa yang terluang ni lha SiKenit kena betul-betul fokus pada study. harap pun macam tu lha. hehe. SiKenit janji akan kotakan janji pada Abah dan Keluarga tercinta. LOVE ? Tohok tepi. tak mau semakkan otak. membazir ruang je uu :)

Ehhhh ! Si Kenit dah nak kena berangkat ke kelas ni. Ada masa kita sembang lagi yaa ! Babaiii ! XOXO !

Suzi Zunaidi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Raya .

 
 
Haii haii haii !
Selamat hari raya! Maaf zahir dan batin !
Tak sabar nya nak wish Happy Eid ni kan kat korang. So macam mana dengan raya korang? Meriah tak? Mesti lha meriah kan. Wahh ! ramai kan yang pakai baju raya warna biru tahun ni. Ada pape ke ni ? Comel-comel gitu haa. Family SiKenit punya tema pun sama tau. Biru seakan-akan hijau gitu. Senang cite turqoise lha. Raya ni memang sibuk sangat. Dengan orang nak bertunang lha, kawen lha. Alahai ! untung lha jodoh dah sampai kan. SiKenit ni entah bila lha kan. Bila jumpa makcik2 yang dah lama tak jumpa mesti cakap  ehh ! dah besar rupanya, lepas ni dapat menantu lha kan ? bila nak kawin ni ?  ewahh ewahh ewaah! Makcik-makcik, i’m only 20th. Muda sangat lagi nak kawen bagai. Haaa tu dia.
Oke oke. Tak mau sentap-sentap lha raya ni. Apa lha yang SiKenit nak kongsi kali ni yea! Jeng jeng jeng! Haa !
Meneruskan kehidupan dengan kisah lalu dan kenangan kadang-kala menyakitkan. Namun aku masih mampu tersenyum bila melihat kebahagian yang dia miliki hari ini. Tak pernah aku lupa untuk mengangkat kedua belah tangan, menyunting namanya dalam setiap doaku. Ku pohon pada Illahi agar sentiasa melindunginya, agar dipermudahkan segala urusanya dan diberikan dia bahagia yang berpanjangan. Aku ikhlas atas rasa cinta sesama manusia. Mungkin aku masih tak mampu berdepan dengan dia namun mendoakan dia sudah cukup membuat aku bahagia walaupun hanya sebagai seorang sahabat. Mungkin kita dipertemukan hanya untuk berkawan.
Perasaan benci tak pernah wujud dalam hati aku. Sejujurnya aku ikhlas menerima takdir ini. Aku bersyukur kerana dipertemukan insan sebaik dia. Tak pernah lupa menasihatkan aku soal agama. Tak pernah membiarkan soalan aku tanpa jawapan. Memperdengarkan aku ayat-ayat suci Al-Quran. Mengingatkan aku tentang kewajipan aku pada Sang Pencipta. Kerana dia Malaikat Hatiku. Ustaz Dihatiku. Kini sahabat aku. Alhamdulillah.
Ya Rabbi, andai dia yang engkau tulis bersama namaku di luh mahfuz, maka kau satukanlah hati kami, kau temukanlah kami diatas redhamu, kau dekatkanlah dia denganku, Andai pula bukan dia yang engkau takdirkan buatku, maka kau kikiskanlah pesonanya dari pandangan mata ini, kau jauhkanlah kami tanpa melukakan hati mana-mana pihak. Amin Ya Rabbal-Al-amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS