Powered by Blogger.
RSS

Already 20th :D

 
 
Haii .
 
Tajuk entri hari nie 20th .
bersempena dengan ulangtahun kelahiran yang ke-20 . Mungkin kali nie tak semeriah tahun lepas , tapi tahun nie merupakan tahun paling bermakna .
 
 Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan izin dari-Nya , aku masih lagi bernyawa sehingga saat dan detik ini . Tepat jam 11:38am 29 Mei 1993 seorang ' puteri ' telah selamat dilahirkan dan kini detik itu masih terus diingati . Lahirnya diharap dapat memberi sinar dalam kehidupan kedua ibu-bapanya dan diharap cahaya itu akan terus bersinar dari dalam dirinya seterusnya menyinari insan-insan sekeliling.
 
Terima Kasih Ya-Allah kerana telah memberi aku kesempatan selama 20 Tahun untuk aku terus menghuni bumiMu ini . Syukur pada-Mu jua Ya-Allah kerana masih memberi aku peluang untuk terus bersujud padaMu , memperbaiki kesalahan aku sebelum ini , menebus segala dosa-dosaku terhadapMu . Izinkan aku untuk terus meng-abdikan diri kepada-Mu Ya-Allah . Petunjuk dan hidayah dariMu aku harapkan . Syukur padaMu jua atas nikmat rezeki , kesihatan yang Engkau limpahkan buatku sehingga detik ini .Terima kasih ibu kerana melahirkan aku . Terima Kasih Abah kerana membesarkan aku dengan penuh kasih sayang .
Tiada apa lagi yang aku harapkan dariMu kerana segalanya telah engkau berikan buatku . Engkau tak pernah tidur mendengar doa-doaku . Doaku kepadaMu Ya-Allah . Kau Peliharalah , Tenangkanlah Arwah Kakak ' Nur Amina Zunaidi ' . Semoga Beliau Bahagia disamping-Mu . Al-Fatihah . Ya-Allah , Kau berikanlah nikmat kesihatan untuk kedua ibu bapaku agar mereka dapat melihat kejayaanku seperti apa yang mereka harapkan . Amin .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment