Powered by Blogger.
RSS

Mungkinkah aku ? episod 2

 
 
Haii !

Apa khabar semua? Sihat tak? Oke tak?

Entri kali ni adalah sambungan dari entry lepas, kalau ada yang selalu follow blog ni mesti tau cerita apa kan, kan kan kan?

Oke. Cerita lepas adalah berkaitan dengan tumor cancer. Ada ke yang tertanya-tanya, mana SiKenit ni kan ? dah jadi arwah ke? Haha. Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan dibumi Allah ini. Jom baca J



Melalui pembacaan berkaitan TC tu dah buad semua tulang aku jadi rapuh, macam nak patah. Macam mana aku nak face semua ni sorang2. Aku masih punya banyak lagi dosa untuk aku tebus, masih banyak harapan dan impian yang harus aku tunaikan. Berdiam diri adalah jalan yang aku pilih. Aku ingat dengan tak memberitahu sesiapa akan mengurangkan beban yang aku tanggung, namun  hari demi hari aku semakin merasakan seksa dan sakitnya. Sungguh aku tak mampu lalui semua ni seorang diri. Keputusan seterusnya aku ambil untuk terus menapak ke klinik Dr. Arif yang merupakan klinik pertama yang kami sekeluarga akan pergi bila ada masalah kesihatan. Ujian pendengaran dan penglihatan aku lalui. Hati aku tak keruan bila salah satu ujian itu menunjukkan positif. Kalau macam ni lha gayanya, tekanan darah pun boleh naik mendadak. Aku dinasihatkan supaya melakukan ujian darah dan ujian x-ray untuk membuktikan kesahihan penyakit itu. Aku perlukan masa untuk nak hadapi kenyataan itu.

Selepas kejadian tu, aku macam dah hilang keyakinan diri, semangat entah kemana. Ditambah lagi dengan keputusan seseorang untuk pergi. Puas dipujuk puas dirayu. Aku hilang punca. Melalui detik ni seorang diri membuatkan aku semakin lemah hingga kadang-kadang lupa pada Sang Pencipta. Dengan keadaan diri yang tak terurus, akhirnya aku tekad untuk bangkit. Penawar harus aku cari demi menentang sakit ini habis-habisan. Dengan berbekalkan semangat yang ada, aku bangkit dari mimpi ngeri, bangun dan cuba mencari pautan untuk aku bergantung. Abah. Orang pertama yang aku cari. Ternyata riak wajah abah membuktikan kasihnya pada sang anak. Maaf abah. Kakak tak minta semua ini diuji buat kakak.

Dengan semangat yang tak putus-putus diberi oleh abah, aku mula nampak ada cahaya yang sedang menanti. Aku dibawa kepada seorang ustaz. Direntangkan sehelai kain putih terukir nama Allah dan ayat-ayat suci Al-Quran diatas kepala aku. Dibacakan pula doa-doa. Sepanjang tempoh rawatan, aku diarahkan memejamkan mata dan berzikir kepada Allah SWT. Saat itu aku rasakan setenang-tenang mungkin. Dibisikkan kepada aku bahawa zikrullah adalah ubat hati yang paling mujarab.

Rawatan bukan terhenti disitu sahaja, aku disarankan untuk melakukan qiamulai. Dimulakan dengan solat-solat sunat dan dan bacaan ayat suci Al-Quran. Diberikan pula ayat-ayat Al-Quran yang lain sebagai zikir untuk aku baca sementara menunggu fajar matahari terbit. Qiam dah menjadi rutin harian aku selepas itu. Kedamaian itu aku miliki. Aku bahagia dalam dakapan Sang Khaliq.

Apa yang menanti aku dihadapan adalah ujian darah. Aku perlukan masa untuk persiapkan diri. Aku akan berusaha sedaya upaya, namun andai takdir itu bukan milik aku, aku pasti redha dengan ketentuan yang telah Dia aturkan buat aku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment