Powered by Blogger.
RSS

Salam Ramadhan

 
 
Haii semua !!

Salam 1 Ramadhan 

Dah masuk bulan puasa kan? Alhamdulillah. Bertemu jua kita dengan bulan yang penuh keberkatan ni yea !

Oke oke. Apa yang SiKenit nak cerita kali ni adalah pasal kehadiran bulan Ramadhan yang memberi penuh cahaya dalam hidup saya !



Bagi menyambut Ramadhan yang bakal tiba, aku buat satu keputusan yang tak disangka-sangka. Niat untuk melakukan ujian darah seminggu sebelum 1 Ramadhan aku luahkan pada abah. Abah hanya menuruti kehendak aku itu. Sebelum melakukan ujian tu, aku memohon kebenaran abah untuk melawat kawan-kawan aku dikuantan, andai itu kali terakhir aku berjumpa mereka, aku tak kan rasa terkilan sebab dah menunaikan janji aku untuk bertemu mereka.

Sehari selepas ujian darah aku ambil, aku berangkat ke Kuantan selama 3hari 2malam. Alhamdulillah perjalanan aku selamat. Pergi dan balik. Selepas kepulangan aku ke Kota Bharu, sesuatu sedang menanti aku. Satu perasaan yang tak pernah aku alami, Redha. Seikhlas mungkin. Seperti biasa abah sentiasa ada disisi aku menemani. Alhamdulillah dengan berkat doa Abah, keputusan ujian darah itu adalah negatif. Aku bersyukur padaMu Ya-Allah ! kata doktor,sakit kepala yang aku alami adalah migrain yang agak teruk. Aku dinasihatkan untuk kurang memberi tekanan pada otak.

Alhamdulillah Ramadhan tahun ini aku sambut dengan penuh makna.



Terima kasih abah kerana sentiasa disisi kakak ! mesti tertanya-tanya, kenapa abah je ? mak mana ? sebenarnya ini adalah rahsia antara aku dan abah. Aku tak nak mak risau.

Terima kasih KAWAN kerana tak putus-putus bagi saya kata-kata semangat, sedarkan saya bahawa saya masih memiliki Tuhan sebagai tempat pergantungan.

Terima kasih Ya-Allah kerana masih mengizinkan aku untuk terus bernafas diatas bumiMu ini .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment